機械翻訳マレー語

Mari kita mulakan dengan Gunung Fuji.
Kumpulan Kajian "Pigmen Semula Jadi dan Pengisaran"
Pemikiran Saya mengenai Kumpulan Kajian.
Kejuruteraan Mekanikal, Kimia Tak Organik Sintetik, Kimia Organik Sintetik, Biologi
Sintetik, Sains Komputer, Kecerdasan Buatan (AI)
Sains dan teknologi jadi semakin canggih.
Pengisaran yang bermula pada Zaman Batu adalah satu proses fizikal.
Mari kita bincangkan tentang pigmen semulajadi dan serbuk serta mempertimbangkan
aplikasi teknologi maju pengisaran kini.
Daripada kajian kit, terdapat penemuan baharu yang menarik.
Bagaimanakah kita mempersepsikan sebiji epal?
Sedap, Merah, Saiz tangan
Dalam "Pemikiran Reka Bentuk Seni", “Reproduksi Karya Seni”, “Realiti Maya”
Kontemporari
Adakah "kepekaan pigmen semulajadi" masih diperhatikan kini?
Imej-imej berikut ialah "Cat Fuji Lava" dan "Cat Lapis Lazuli".
Warna "Cat Fuji Lava" adalah coklat hitam yang juga merupai warna tanah.
Warna “Cat Lapis Lazuli” adalah biru dan lapis(indigo) yang merupai warna langit.
Warna ini boleh diperolehi dengan menggunakan pigmen tiruan.
Pigmen tiruan telah digunakan dalam pengeluaran besar-besaran.
Warna ini telah diperolehi daripada kemahiran tinggi dalam penggunaan proses fizikal dan
kimia.
Pigmen yang dibuat daripada bahan 100% semulajadi akan memberikan sesuatu sensasi
sempurna yang merupai bumi.
Dengan mengawalkan partikel submicron, pigmen semulajadi boleh digunakan dalam
pengeluaran sederhana dan kecil.
Dalam falsafah, soalan mengenai sifat semulajadi selalu dipersoalkan?
"Fizik" Aristotle, "Hukum” Plato, Zhuang Zhou, Hegel, Basho,
Deleuze < 1925-1995> “Punca = Asal-usul”
100% pigmen semulajadi yang dibuat dengan menggunakan manipulasi fizikal
menghasilkan warna yang indah.
Penemuan pembuatan cat daripada batu kecil berpotensi untuk menyebarkan cerita dan
memori individu-individu ke seluruh dunia.
Berikut adalah cat yang diperbuat daripada “batu dari taman” dan “”daun momiji (daun
musim luruh) dari taman”.
Apabila kita menyentuh sesuatu objek, terdapat sesuatu perasaan harmoni seolah-olah
terkenangkan memori lalu.
Di Jepun, perasaan ini dikenali sebagai “MONO NO AWARE”.
Ini juga boleh dikaitkan dengan konsep "cinta terhadap sesuatu tempat", "geografi
fenomenologi", dan "geografi humanisme".
Dalam bahasa Yunani, perkataan “TOPOPHILIA” terdiri daripada gabungan “topos” yang
bermakna tempat dan “philia” yang bermakna kasih sayang.
Sejarah pengisaran ialah satu bahagian penting dalam sejarah manusia.
Pigmen tidak harus dikira sebagai objek tradisional tetapi sebagai satu budaya global yang
bermula dari Zaman Batu yang merupakan titik asal-usul kejadian manusia.
Memerang laut dan monyet kera juga dilihati menggilingkan makanan mereka.
Ini berkaitan dengan arkeologi primat, antropologi, sejarah dan biologi.
Di Jepun, terdapat lukisan tradisional yang dipanggil “Nihonga” atau “Lukisan Jepun” yang
dilukis dengan “pigmen mineral”.
Pigmen mineral yang digunakan adalah biasanya pigmen tiruan, tetapi pigmen semulajadi
juga digunakan.
Pigmen mineral adalah satu tradisi yang telah digunakan sejak kedatangan agama Buddha
pada tahun 604.
Kini, terdapat lebih daripada sepuluh kedai khusus yang menjual pigmen-pigmen tersebut
di Tokyo dan Kyoto.
Pigmen semulajadi seperti malakit juga dijualkan di kedai khusus.
Kedai-kedai seperti begini jarang didapati di negara lain.
Kata-kata daripada Bernard Shaw, “Patriotisme adalah keyakinan anda bahawa negara ini
lebih unggul daripada negara lain kerana anda dilahirkan di sini.”
Pigmen semulajadi bukanlah satu tradisi kebangsaan, tetapi warna bumi yang
melambangkan sinestesia di dunia.
Pigmen semulajadi mencipta kemungkinan baru dengan pengenalan teknik pengisaran
moden dalam proses pembuatannya.
Ini ialah mesin yang mengisar dengan daya graviti 150.
Pengisaran sehingga kira-kira 100 nm boleh dijalankan.
Parmenides < BC520-450>"Kewujudan tidak akan berubah."
Potongan epal kecil juga ialah epal, tidak kira berapa kecil.
Ini adalah tarikan warna yang diperolehi daripada proses pengisaran.
Kolaborasi dengan Teknologi Canggih.
Jika ketinggian bahan dipecahkan kepada 100 bahagian, jumlah keluasan akan menjadi
100 kali luas.
100μm kepada 1μm
10μm kepada 100 nm
100 kali
Cara ini memungkinkan gunaan bahan yang jarang didapati dengan efektif.
Lagi, terdapat pelbagai rawatan permukaan yang boleh digunakan.
Teknologi ini boleh digunakan untuk segala benda yang terdapat di dunia.
Projek ini juga berpotensi digabungkan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs)
nombor 9, 12 dan 15.
SDGs 9 : Membina infrastruktur kukuh, mempromosikan industri yang menyeluruh dan
mampan dan merangsang inovasi.
Pigmen boleh digunakan sebagai bahan asas.
SDGs 12 : Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab dengan memastikan corak
penggunaan dan pengeluaran mampan.
Bahan-bahan yang jarang terdapat (bahan nadir Bumi) digunakan secara efektif.
SDgs 15: Melindungi kekayaan tanah.
Matlamat ini boleh dicapai dengan penggunaan semula bahan buangan supaya
pembaziran dalam proses pembuatan boleh dikurangkan.
Pemikiran umum di dunia iaitu
"Teori Hanyutan Benua" dan "Teori Plat Tektonik".
Menyatakan bahawa benua-benua yang wujud sekarang sebenarnya berasal daripada
satu daratan besar yang merupai satu Benua Super.
Jadi kita boleh menyimpulkan bahawa daratan bumi mempunyai sifat geologi yang sama.
Lampiran emosi dan perasaan cinta terhadap sesuatu tempat mula muncul antara hati
manusia.
Di bumi, terdapat proses kitaran batu natural di mana batu-batu berubah menjadi tanah.
Antara tanah-tanah ini, terdapat warna tanah yang disukai orang ramai.
Jadi kita katakan bahawa “warna yang diperolehi dari tempat-tempat berlainan” adalah unik
dan menarik.
Fenomena ini ialah perkara biasa di dunia kerana kita mempunyai kepekaan rasa yang
serupa.
Kata-kata daripada Einstein
“Keamanan tidak dapat dikekalkan dengan kekerasan. Keamanan boleh dicapai hanya
dengan memahami satu sama lain”
Kepekaan rasa yang muncul sejak Zaman Batu mempunyai kepentingannya dan patut kita
hargai.
Luluhawa batu-batuan terjadi akibat tindak balas agen persekitaran seperti haba matahari,
hakisan air dari kuasa laut, sungai dan juga tumbuh-tumbuhan.
Melalui berulang kali proses pemecahan dan penguraian, batuan akhirnya akan jadi tanah.
Inilah proses natural alam semulajadi untuk menghasilkan pigmen semulajadi.
Kitaran ini juga dikenali sebagai “kitaran batuan” di mana, sedimen dan batuan sedimen
akan terbentuk daripada batu igneous.
Proses ini juga melibatkan batu kerikil, pasir, lumpur, tanah liat dan aerosol.
Heraclitus < BC540-480> "Setiap perkara tetap mengalir."
Ini ialah cat diperbuat daripada bijirin pasir.
Bijiran pasir ini akan menjadi tanah melalui proses penguraian semulajadi batuan.
Warna cat yang diperbuat daripada batu kerikil ini ialah warna sebelum ia menjadi tanah.
Proses kitaran batu ialah melibatkan pembentukan batuan batu igneus, batu sedimen dan
batu metamorf.
Dengan alat pembuatan pigmen semulajadi ini, kita boleh menikmati warna yang
melambangkan masa panjang yang telah diperlukan untuk pembentukan bijirin pasir.
Ini juga ialah salah satu ciri unik pigmen semulajadi.
Kini, keunikan pigmen semulajadi diperhatikan di dunia semula. Fenomena ini dilihat di
Asia, Amerika dan Eropah.
“Iwa Enogu”, pigmen mineral yang merupakan bahan lukisan tradisi di Jepun kini
melibatkan teknologi canggih dalam proses pembuatannya. Kejadian ini boleh dikatakan
sebagai suatu simbol pengembalian kita ke tempat asal usul manusia, iaitu bumi.
Kolaborasi “pigment semulajadi (Iwa Enogu) dengan “Teknologi Canggih Serbuk” tentu
akan menambahkan pembuatan “seni dan kraf baru” dalam skala besar di peringkat
antarabangsa.
Saya panggilkan fenomena ini sebagai “Renaissance Pigmen Semulajadi.”
Berikut ialah tali leher yang telah diwarnai dengan pigmen “Lava dari Gunung Fuji”
Seterusnya ialah aksesori yang dibuat dengan “serbuk mineral” dan “serbuk Batu
Himalaya”.
Kaca, tembikar, kain dan lain-lain juga boleh diwarnai dengan pigmen semulajadi.
Pigmen semulajadi yang mempunyai "Kisah Tempat" dan "Warna Bumi" tersendiri boleh
digunakan dalam seni dan kraf di seluruh dunia.
Ini akan menyumbang kepada membasmi kemiskinan dan ketidaksamaan. Selain itu, ini
juga memberi peluang untuk pihak-pihak berkenaan untuk berkolaborasi.
Penglibatan pigmen semulajadi dalam matlamat SDGs membenarkan kita menyoal dan
berbincang tentang sistem dunia seni kini.
Kumpulan Kajian “Pigment Semulajadi dan Pengisaran telah bermula dengan kajian
Gunung Fuji.
Kajian kita boleh bantu melindungi kesucian alam sekitar dan alam semula jadi.
Oleh itu, dengan perasaan ikhlas kita harap kalian dapat memahami keunikan pigmen
semulajadi melalui presentasi hari ini.
Pigmen semulajadi apabila dikira sebagai suatu objek sentiasa didefinisikan dengan
warnanya.
Contoh:
“Gambar”
“Expresi Konkrit”
“Expresi Abstrak”
“Expresi sebagai sesuatu Objek”
"Benda","Fenomena","Artifisial","Semulajadi","Pigmen","Warna","Cahaya","Sensasi
Sentuhan", "Penglihatan","Pigmen" "Pengetahuan"
Otak kita merupakan sintesis elemen-elemen yang berlainan.
Walaupun bahan dan warna yang sama, maknanya akan berbeza bergantung kepada
fikiran masing-masing individu.
Ini adalah soalan penting dalam dunia digital.
"Benda Sebenar", "Cetakan", "Video"
Apakah sebenarnya yang kita lihat?
Bagaimana pula jika kita gantikan dengan muzik?
"Konsert Live", "Instrumen Elektronik", "Instrumen Akustik", "Bunyi Rakaman"
Saiz bijirin yang boleh dilihat dengan mata kasar manusia adalah kira-kira 0.1 mm.
Proses Pengisihan
Mikroskop
Manusia boleh perhatikan saiz objek kecil dengan menggunakan alat-alat tertentu.
Bagaimanakah kita menentukan sesuatu benda sebagai semulajadi? Kita perlu
mempertimbangkan “semulajadi yang ditentukan dari segi fizikal melalui penglihatan kita”
dan “semulajadi yang ditentukan dari segi persepsi dan fikiran kita”.
Warna merupakan contoh yang menggunakan kedua-dua konsep ini untuk menentukan
sifat semulajadinya.
Semua bidang budaya dan akademik dikhususkan secara berasingan kepada bidang yang
lebih khusus.
Sebagai contoh, mari kita perhatikan perisian dan perkakasan televisyen dan komputer.
Kita tidak perlu memahami semua strukturnya untuk menikmati rancangan televisyen dan
melayari Internet.
Contoh kedua ialah Copernicus dan Galileo telah membuktikan teori heliosentrisme.
Dari pengiraan orbit, hanya segelintir orang yang akan memahami segalanya.
Apabila seseorang melihat bunga mekar di ladang, jarang sesiapa akan mula memahami
bunga tersebut dari perspektif biologi molekul moden.
Kanak-kanak yang tidak berpengalaman akan mengikuti rasa ingin tahunya untuk
memahami tentang dunia di sekeliling melalui pengalaman peribadi.
Oleh itu, Ia adalah mustahil bagi orang untuk mengetahui segala kejadian di dunia dalam
zaman moden kini.
Dalam minda kita, fahaman terhadap alam semulajadi adalah ringkas.
Berdasarkan piawaian hari ini, pemahaman subjek harus dilihat dari perspektif saintifik.
Namun, saya berpendapat bahawa kedua konsep ini boleh wujud bersama.
Ini boleh dikaitkan dengan pigmen semulajadi yang menunjukkan sifat yang unik. Walau
bagaimanapun, sifat yang sama tidak dapat diperhatikan daripada robot.
Jadi marilah kita menikmati Renaissance Pigmen Semulajadi.
RYOUKAN <1758-1831>
“Walaupun lebih daripada 1000 tahun sudah lalu, “Pokok pain” dan “Pokok Kashiwa” tidak
kehilangan kehijauan mereka.
Angin kencang telah bertiup sejak zaman purba.
Burung berkicau indah sepanjang empat musim.
Mata air yang mengalir ke lembah telah mengalir sejak zaman purba.”
Penemuan keindahan dan keharmonian baru dari alam semulajadi.
Penemuan warna-warna bumi dengan menggunakan kit pembuatan pigmen semula.
Boleh diaplikasikan dalam pigmen semulajadi dan pewarna semulajadi.
Dari atas ke kanan
"Kelopak mawar kering, daun pinus, gabus, kulit kayu, arang"
"Pasir"
"Cangkerang"
"Tanah"
"2 Warna Batu Kecil 2 Warna"
"Kulit Anggur"
Di tengah
"Kepingan Lapis Lazuli yang telah diproses"
“Kepingan batu karang yang telah diproses”
Kisar gunakan jumlah kecil mengikut kemampuan alat.
Elakkan mengisar dalam jumlah yang banyak sekaligus.
Grid yang ditunjukkan adalah pada skala 10mm.
Hancur dan memampatkan dengan "Pemegang Kayu", "2 Baut" dan "Nat".
Pilih batu kecil saiz kurang daripada 5 mm lalu hancurkan.
Ketatkan dengan pemegang kayu.
Walau bagaimanapun, jangan ketatkan terlalu ketat.
Hanya ketatkan sedikit lagi setelah terdengar bunyi penghancuran batu.
Selepas itu longgarkan nat dengan membukakan salah satu bolt.
Keluarkan serbuk batu kecil yang dihancurkan dengan mengetuk bolt dengan nat.
Pengisaran kasar untuk mineral dan batu kecil
Kerang dipecah sehingga kepingan kecil dengan menggunakan playar dahulu sebelum
dihancurkan.
Lapis Lazuli
Batu karang
Batu kecil <hitam>
Batu kecil <putih>
Cangkerang
Tapis menggunakan wire mesh 2mm.
Hancurkan dengan jubin kasar seperti menggunakan batu giling.
Terus mengisar sehingga halus.
Apabila semakin halus, bunyi dari pengisaran akan berubah.
Kemudian kisar dengan jubin rata yang kecil.
Cubalah hancurkan sehalus semungkin.
Batu kecil akan berubah seperti ini. Batu kecil digiling sehingga menjadi serbuk halus yang
tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Kini proses pengisaran kasar sudah selesai.
Serbuk batu putih akan digunakan dalam langkah seterusnya.
Bahan kering dan lembut dikisar dengan pasir putih.
Pengisaran kulit kayu.
Ini ialah kulit anggur.
Kisar bahan dengan kandungan air seolah-olah memerah kandungannya.
Warna kulit anggur tanah berubah apabila mordant ditambahkan.
Cat selesai dengan penambahan gam.
Tambahkan gam ke lapis lazuli dan adunkan.
Penambahan gam menghasilkan dua jenis campuran; suspensi / supernatan yang
mengandungi partikel halus dan sedimen yang mengandungi partikel kasar. Gunakan
secara berasingan mengikut kehendak anda.
Marilah kita cuba buat cat dengan batu kecil!
Anda boleh buat seperti berikut. Nikmati dua tekstur berbeza 1) yang merupakan
supernatan (partikel halus) dan 2) sedimen (partikel kasar).
Untuk bahan yang lebih besar, kita boleh gunakan cara ini.
Kekasaran batu asah permata bergantung pada tahap grit yang akan dinyatakan dengan
angka.
Batu asah permata yang halus mempunyai nombor yang lebih besar.
Warna pigmen tanah yang diperoleh juga berubah bergantung pada kekasaran batu asah.
Kaedah ini disyorkan untuk bahan saiz tangan. Kisarkan dengan air atau gam.
Batu 3mm (0.14g) dikisarkan.
Pigmen tanah yang dihasilkan cukup untuk melukis dua poskad.
Jom kita cuba!